Home Nasional Prasarana tempatkan polis bantuan di Stesen MRT untuk kawal keselamatan

Prasarana tempatkan polis bantuan di Stesen MRT untuk kawal keselamatan

@saysdotcom

At 6.45pm yesterday, 26 November, large crowds packed the Pasar Seni MRT station during peak hour, leaving passengers tightly crammed on platforms and escalators. Video footage captured the chaotic scene, with people struggling to navigate the overcrowded space and even bumping into each other at the end of the escalators. Replying to a user’s X post about the chaotic scene, MRT has apologised for the inconvenience caused and promised to report the incident to RapidKL. Follow @saysdotcom for more news! Video & image credit: Ihsan (Provided to SAYS)

♬ original sound – saysdotcom – saysdotcom

KUALA LUMPUR – Mengambil maklum isu kesesakan di plaform stesen MRT Pasar Seni baru-baru ini Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyusun semula penempatan polis bantuan di kawasan-kawasan utama yang mempunyai risiko keselamatan lebih tinggi seperti platform dan eskalator.

Langkah ini untuk memastikan kawalan keselamatan yang lebih efektif.

Selain itu, pemantauan yang lebih kerap turut dijalankan bagi memantau kepadatan penumpang di stesen terutama di platform ketika waktu puncak, membolehkan pasukan polis bantuan bertindak dengan lebih cepat dan menempatkan anggota-anggotanya di kawasan yang kritikal.

“Untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang, pihak Prasarana telah memperkukuhkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan penumpang, terutamanya ketika waktu puncak bagi memastikan pergerakan penumpang di stesen berjalan lancar dan selamat.

“Prasarana memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa kejadian tersebut dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan penumpang Rapid KL selamat, selesa dan lancar.,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Prasarana mengulas kejadian kesesakan di platform stesen tersebut pada 26 November lalu yang berlaku pada waktu puncak sekitar jam 6.45 petang disebabkan oleh kelewatan jadual perjalanan sebuah tren.

Ekoran kesesakan itu, situasi ini telah menyebabkan pergerakan penumpang terganggu.

Prasarana berkata, menjelang Mac 2025, perkhidmatan MRT Laluan Kajang akan dipertingkatkan dengan penambahan bilangan tren daripada 39 tren kepada 42 tren bertujuan meningkatkan kapasiti tren dan mengurangkan kesesakan di stesen–stesen sepanjang Laluan Kajang.

Selain dari peningkatan jumlah tren, kekerapan tren turut dipendekkan.

Pada waktu puncak, kekerapan tren pada masa ini adalah 4 minit akan dikurangkan kepada 3.7 minit, sekali gus dapat mengurangkan waktu menunggu di platform terutama pada waktu puncak.

Langkah–langkah yang telah diambil ini adalah usaha berterusan Prasarana untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penumpang terutama semasa waktu puncak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here