Logo Tenaga Nasional Berhad

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menafikan dakwaan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu, Kedah akan diputuskan seperti yang tular di media sosial.

TNB Careline memaklumkan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat jika banjir semakin buruk, berisiko atau membahayakan keadaan setempat.

Sehubungan itu, TNB mengesahkan dakwaan tersebut tidak benar dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan ramai.

“Penutupan bekalan dilakukan jika banjir semakin buruk bagi memastikan keselamatan pengguna setempat,” ujar kenyataan itu.

Sebarang gangguan bekalan elektrik atau kerosakan aset TNB boleh dilaporkan di talian 15454, Private Message (PM) di Facebook TNB Careline, Direct Message (DM) ke X@Tenaga_Nasional atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here