Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah), Pengerusi BN Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pimpinan tertinggi bergambar bersama para perwakilan yang hadir pada Konvensyen Barisan Nasional Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SAAC). Foto SADIQ SANI, 01 DISEMBER 2024

SHAH ALAM – Situasi banjir di seluruh negara ketika ini terutamanya di Kelantan dan Terengganu diramalkan akan berkurangan menjelang minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) meramalkan luruan hujan akan berkurangan pada minggu depan dan akan menyebabkan berlaku pengurangan air banjir di daratan.

“Apabila luruan hujan itu berkurangan, ia akan mengurangkan pemindahan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Selangor 2024 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menyeru agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan berkaitan agar bersiap sedia untuk berdepan pasca banjir.

Kata beliau, ia termasuk badan-badan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir khususnya kerja-kerja pembersihan dan agihan bantuan.

Setakat ini, kerajaan telah menggerakkan lebih 82,000 petugas penguatkuasaan di seluruh negara membabitkan keseluruhan PPS yang mampu memuatkan seramai 2.1 juta mangsa.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu, situasi banjir di terutamanya di Kelantan dan Terengganu merupakan yang terburuk pernah berlaku berbanding ‘bah kuning’ pada tahun 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast