Lee Tae Min.

KUALA LUMPUR – Pemain sayap Korea Selatan, Lee Tae-min akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Perak FC bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Ia berikutan satu video yang dimuat naik pengurusan The Bos Gaurus yang mengucapkan terima kasih kepadanya sepanjang bersama pasukan itu.

Ini menjadikan aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 30 November lalu sebagai aksi terakhir Tae-min.

Tae-min mengakui bukan mudah untuk meninggalkan Perak kerana dia telah menimba banyak pengalaman bersama pasukan itu.

Atas sebab itu, dia menghargai sokongan semua pihak terutama penyokong sepanjang bersama The Bos Gaurus.

“Pertama sekali, saya menghargai sokongan semua orang. Saya datang ke sini, saya mendapat banyak pengalaman,” katanya.

Bekas pemain Busan IPark itu memastikan aksi terakhirnya bersama Perak berakhir dengan senyuman selepas Perak mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2024/25 apabila menewaskan Kelantan DN 3-0 di Stadium MBPJ pada 22 November lalu,

Pemain sayap berusia 21 tahun itu merekodkan 11 penampilan, dua gol dan satu bantuan gol dalam saingan liga musim ini.

Ketiadaan Tae-min menyaksikan Perak kini memiliki tujuh pemain import iaitu Clayton, Luciano Guaycochea, Sunday Afolabi, Jesper Nyholm, Luiz Fernando Motta, Luka Milunovic dan Kanyebekov. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here