Kejadian kebakaran di Rancangan Rumah Murah, Kuang malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang suspek berusia 34 tahun selepas dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan membakar rumahnya di Kuang, Sungai Buloh malam tadi.

Akibat perbuatan itu, api turut merebak ke empat buah di kawasan perumahan rumah berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis IPD Sungai Buloh, Supritendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, pasukannya telah menerima aduan berhubung insiden kebakaran itu sekitar 7.06 malam sebelum bergegas ke lokasi.

”Suspek seorang lelaki India, kita sudah bawa suspek ke IPD (Ibupejabat Polis Daerah) Sungai Buloh untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat menggunakan api yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Tambah Mohd Hafiz, setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.

Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azammuddin Mohd Razib di talian 016-5661597. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here