KUALA LUMPUR – Kumpulan Perbankan RHB (RHB) komited untuk membantu pelanggan yang terjejas oleh banjir baru-baru ini di seluruh Malaysia melalui Program Bantuan Banjir yang bermula dari sekarang hingga 31 Januari 2025.
Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan Komuniti, RHB Banking Group, Jeffrey Ng berkata, RHB memberikan bantuan kewangan segera dan sokongan pemulihan jangka panjang kepada individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta miko yang terjejas dengan bencana alam ini.
Menurutnya, untuk pelanggan individu mereka ditawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan (Januari hingga Jun 2025) untuk pembiayaan perumahan, pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB)/pembiayaan-i, pinjaman peribadi/pembiayaan-i, dan pembiayaan Sewa Beli/-i.
Mereka juga dikecualikan caj lewat bayar, faedah/caj pengurusan pada kad kredit/-i yang terjejas, sehingga RM500 (Januari hingga Jun 2025), juga yuran penggantian kad ATM, kad debit/-i, dan kad kredit/-i.
Untuk pelanggan PKS yang layak dan tidak terlibat dalam program penyusunan semula atau penjadualan semula boleh memohon untuk bantuan pembayaran sehingga enam bulan (Januari hingga Jun 2025) untuk pelbagai kemudahan pembiayaan, termasuk sewa beli/-i, pinjaman pembiayaan/-i, faedah, overdraf/-i, pembayaran bil multi trade line/-i.
Katanya, mikro, kecil, dan sederhana perniagaan (MSME) boleh mengakses pembiayaan sehingga RM700,000 pada kadar istimewa untuk membantu pemulihan
perniagaan.
Pelanggan individu boleh menghubungi Pusat Panggilan RHB atau datang ke cawangan terdekat untuk memohon bantuan. – MalaysiaGazette