PPS dibuka susulan peningkatan aliran sungai di Temerloh dan Bera.

KUANTAN – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Bera dan Temerloh yang mula dilanda banjir selepas Raub, Jerantut dan Lipis.

 Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, banjir itu berpunca daripada aliran air sungai deras yang turun dari hulu yang melalui daerah-daerah tersebut.

“Difahamkan air sungai telah menurun sehingga ke Bera. Jadi, sebahagian daripada kawasan-kawasan yang dilalui oleh aliran sungai berkenaaan menerima impak secara terus, kesan daripada penrunan air.

“Kebarangkalian mungkin akan terimpak juga di daerah Bera, seterusnya di Maran,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman

Beliau berkata, PPS yang dibuka iaitu PPS Kampung Lompat, Temerloh dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gemuruh, Bera kini masing-masing menempatkan satu keluarga dan keseluruhan sembilan individu yang terjejas.

Tambahnya, daerah Pekan dijangka menerima aliran air sungai yang deras dan mungkin melimpah dalam masa beberapa hari lagi.

“Justeru, kita menasihati orang awam atau penduduk komuniti di kawasan berkenaan, khususnya di kawasan hilir sungai untuk bersiap siaga dan mengambil cakna tentang kenaikan paras air sungai terutama penduduk di kawasan pinggir sungai,” jelasnya.

Selain itu, ibu bapa juga dinasihati memantau anak jagaan mereka agar tidak bermain di kawasan berisiko terutama di pinggir sungai.

Untuk rekod, kesemua PPS di Raub, Lipis dan Jerantut ditutup secara rasmi hari ini dan hampir 2,000 mangsa terjejas banjir telah dibenar pulang ke kediaman masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here