Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM489.5 billion pelaburan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 2023 hingga Jun lalu.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, sebanyak RM262.9 bilion atau 53.7 peratus adalah pelaburan asing manakala RM226.5 bilion merupakan pelaburan domestik.

Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan asing tertinggi sebanyak RM65.97 juta dan diikuti Kedah (RM54.90 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM43.79 juta), Johor (RM38.97 juta) dan Selangor sebanyak RM29.89 juta.

Beliau menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai jumlah pelaburan langsung asing yang diluluskan setakat ini serta perinciannya mengikut negeri di Dewan Rakyat hari ini.

Chin Tong menambah, kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) terus mempergiat usaha menarik pelaburan berkualiti bagi memberi manfaat kepada negara dan rakyat, termasuk melalui aktiviti ekonomi, peluang perniagaan dan pekerjaan bernilai tinggi.

“MITI dan MIDA akan terus proaktif dan responsif dalam memberikan nasihat dan fasilitasi kepada bakal pelabur bagi memastikan projek-projek yang berpotensi dapat dimudahcara dan dilaksanakan dengan jayanya secara teratur dan berkesan.

“Pelbagai platform sedia ada telah diwujudkan dalam memastikan projek-projek pelaburan dapat dipermudah dan direalisasikan secepat mungkin. Sebagai contohnya, antara inisiatif di MIDA adalah penubuhan Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC).

“Ia menempatkan pelbagai agensi pelulus di bawah satu bumbung dalam memberi khidmat nasihat, memudahcara dan mempercepatkan kelulusan-kelulusan yang berkaitan manakala Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (TRACK) melaksaakan pemantauan projek-projek pelaburan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here