Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Tindakan seorang pelakon yang mahu keluar rumah dan tinggal berasingan dengan suaminya merupakan punca dia dipukul di kediamannya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berikutan itu, mangsa yang bernama Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 27 November lepas.

“Kita telah menahan seorang lelaki semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata,, suspek dibawa ke Mahkamah Kuantan, di sini pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

Zahnita menerusi satu hantaran di media sosialnya baru-baru ini mendedahkan gambar menunjukkan sebahagian mata kirinya lebam didakwa akibat dipukul suaminya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Suami Zahnita Wilson diberkas polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here