Azman Shah Mohd Yusof

KUALA LUMPUR – MMC Port Holdings Sdn Bhd (MMC Ports), mengumumkan pelantikan Datuk Azman Shah Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 Disember 2024.

Azman, 55, mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dengan pendedahan yang luas termasuk analisis pelaburan, kewangan korporat, strategi korporat, embangunan perniagaan dan pengurusan pelabuhan.

Beliau dilantik sebagai CEO Northport (Malaysia) Bhd pada tahun 2016 dan memegang beberapa jawatan penting, termasuk Pengerusi Port Klang Cruise Terminal Sdn Bhd, Pengarah Klang Port Management Sdn Bhd dan Pengarah Northport Distripark Sdn Bhd.

Fakhrul Azhar

Azman juga memegang jawatan sebagai Naib Presiden Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI), Ahli Majlis dan Timbalan Bendahari National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), Ahli Jawatankuasa Eksekutif Malaysian Biomass Industries Confederation (MBIC) dan Presiden London School of Economics Alumni Society of Malaysia.

Dengan peralihan Azman ke MMC Ports, Fakhrul Azhar Tajudin sebagai CEO Northport yang baharu berkuat kuasa 1 Disember 2024, selain melantik G. Ulaganathan sebagai Ketua Pegawai Operasi, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

G. Ulaganathan –

Fakhrul Azhar, 48, mempunyai 25 tahun pengalaman luas dalam industri pelabuhan dan logistik.

Sebelum pelantikan ini, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar Operasi Terminal di Northport, sementara itu, G. Ulaganathan, 57, mempunyai kerjaya yang cemerlang selama 28 tahun dalam industri yang sama.

Sebelum ini, Ulaganathan merupakan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial dan Logistik di Northport. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here