Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) belum memuktamadkan sebarang kenaikan terhadap kadar premium insurans perubatan sehingga 70 peratus.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan BNM masih berunding dengan syarikat-syarikat insurans mengenai kenaikan itu.

“Laporan Bank Negara memuktamadkan setelah dia berunding balik.

“Jadi setakat ini prosesnya masih dirunding semula,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mana, Presint 14, di sini, hari ini.

Rabu lalu, media melaporkan, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) sedang berbincang dengan BNM mengenai langkah-langkah boleh diambil untuk meringankan beban pemegang polisi akibat peningkatan dalam tuntutan yang tidak pernah berlaku sejak beberapa tahun lepas.

LIAM juga menafikan laporan bahawa ‘tiada perubahan serta-merta’ terhadap kenaikan kadar premium insurans perubatan baru-baru ini antara 40 peratus hingga 70 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here