KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kewujudan titah adendum berhubung penahanan di rumah Datuk Seri Najib Razak.

Tegasnya, kenyataan media yang disebarkan di media sosial berhubung perkara tersebut adalah palsu.

“Untuk makluman, kenyataan media ini adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya. Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini.,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pagi tadi, satu kenyataan palsu yang mendakwa Zaliha kononnya mengesahkan kewujudan titah mantan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang bertarikh 29 Januari 2024.

Semalam, anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Rayuan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa dokumen tersebut diterima Nizar pada 2 Disember atas arahan Sultan Pahang.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai butiran dokumen berkenaan selain menjelaskan kandungannya menyatakan Najib perlu menjalani baki hukuman penjara di rumah.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here