Pemandu dan kelindan lori cedera selepas terbabas dan terbalik dalam nahas di Kilometer 368.8 PLUS arah utara, dekat Slim River, Perak.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori satu tan yang membawa makanan sejuk beku.
Katanya, JBPM menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.59 tengah malam tadi dan sembilan anggota serta pegawai telah digerakkan untuk menjalankan operasi.