Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah.

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja dicadangkan untuk bersidang bagi membincangkan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung mengenai status tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah berkata, Majlis Raja-Raja sebagai institusi tertinggi negara mempunyai peranan penting dalam memastikan keputusan yang dibuat bersifat adil dan saksama terhadap situasi bekas perdana menteri itu.

“Saya yakin perbincangan ini akan memberi pencerahan dan memastikan keadilan dapat ditegakkan tanpa pengaruh politik atau emosi, banyak dakwaan dari beberapa pihak.

“Hanya melalui perbincangan ini, maka pelbagai spekulasi dapat diselesaikan, selain fokus utamanya mendapatkan keadilan kepada pemohon,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi sambung prosiding bela diri kes penyelewengan dana 1MDB di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 5 DISEMBER 2024.

Saranan ini muncul susulan pendedahan anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar bahawa beliau menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum.

Muhammad Nizar mengesahka perkara tersebut selepas  dimaklumkan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah kepadanya baru -baru ini.

Sejak beberapa hari ini, titah ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan rakyat dan ahli politik, dengan pelbagai pihak memberikan pandangan berbeza mengenai keadilan dalam proses perundangan.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Susulan daripada pendedahan itu, seorang lagi anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin Najib tampil menyoal mengapa ada pihak tertentu cuba menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi turut tertanya-tanya tentang niat sebenarnya mereka yang terlibat secara terus perihal titah adendum pengampunan bapanya.

Dalam pada itu, kata Murugiah lagi, kebijaksanaan Majlis Raja-Raja perlu diberi ruang untuk mempertimbangkan isu ini demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here