KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk yang dijangka melanda beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga 11 Disember ini.
Ketua Pengarah MET Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, daerah terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Menurutnya, daerah-daerah ini akan menerima hujan berterusan.
MET Malaysia turut mengeluarkan amaran waspada terhadap seluruh Perlis dan Kelantan yang akan mengalami hujan berterusan.
Beberapa daerah di lima negeri juga akan mengalami hujan berterusan tahap waspada iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta Hulu Perak di Perak.
Turut mengalami hujang berterusan adalah daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu serta Cameron Highland, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang.
Daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor juga akan mengalami hujan berterusan tahap waspada. – MalaysiaGazette