Kediaman pelakon Rozita Che Wan diserbu wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA), pagi tadi

KUALA LUMPUR- Pelbagai barangan milik pelakon Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita pihak mahkamah, hari ini.

Menurut peguam yang mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata, satu writ telah diserahkan kepada ibu pelakon berkenaan kerana beliau tidak berada di rumahnya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Difahamkan, tindakan sita itu dilakukan selepas Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta gagal membayar hutang MARA berjumlah hampir RM1 juta.

Menurut peguam berkenaan, ini merupakan kali kedua mereka hadir ke rumah Rozita yang mana kehadiran kali pertama bulan lepas tidak mendapat kerjasama daripada pelakon berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya berjaya mendapat perintah mahkamah untuk masuk dan membuat penilaian harga barang serta penyitaan.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here