Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata, pengumuman itu akan memberi ruang kepada mereka yang belum mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk berbuat demikian dan yang telah berdaftar tetapi didapati tidak layak untuk membuat rayuan.

“Akan ada mekanisme untuk rayuan, jadi perkara ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan di stesen minyak kelak.

“Jadi sebab itu tempoh separuh tahun pertama 2025 adalah bagi pelaksanaan (penentuan pengelasan) itu perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai pelaksanaan subsidi petrol RON95 dan pendekatan terhadap golongan yang terkesan bagi menerima bantuan sewajarnya.

Rafizi berkata penyasaran subsidi RON95 tu mengambil kira aspek pendapatan boleh guna bersih dengan 85 peratus rakyat dijangka layak mendapat subsidi berkenaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here