Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota tentera yang dipercayai lemas akibat kepala air di Hutan Royal Belum, 1 Disember lepas, dihentikan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Zulkifli Mahmood mengesahkan, pihaknya telah menamatkan operasi SAR Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, daripada Rejimen Komando ke-22 di Kem Iskandar di Mersing, Johor itu, pada 6 petang semalam.

“Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam kenyataan.

Pada 3 Disember lalu, Tentera Darat Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan kehilangan dua anggotanya semasa melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024, kira-kira jam 8 pagi.

Tujuh anggota yang terlibat ditemukan selamat kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Ahmad Zulhmi serta Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka, hilang.

Bagaimanapun, mayat Mohd Afandi yang berasal dari Matu, Sarawak ditemukan oleh pasukan penyelamat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pencarian Lans Koperal Ahmad Zulhilmi diteruskan – PAT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast