KUALA LUMPUR – Kira-kira 18 Kawasan yang terletak dalam lingkungan lima kilometer radius Sungai Telemong dan Sungai Tersat di Hulu Terengganu dijangka dilanda banjir mulai 16 hingga 19 Disember 2024.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) susulan amaran hujan berterusan di peringkat berjaga-jaga oleh Jabatan Meteorologi hari ini.

Kawasan-Kawasan rendah di Sungai Telemong ialah di Kampung Paloh Nyior, Kampung Bukit Taduk, Kampung Matang, Kampung Kepah, Kampung Pasir Dula, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, Kampung Tok Lawit, Nibong dan Kuala Telemong.

Kampung yang berisiko banjir di sekitar Sungai Tersat ialah Kampung Sekayu, Kilometer 11 Jalan Sekayu, Kampung Pelandan, Kampung Cheting, Kampung Menjing, Jalan Sekayu Kilometer 8 dan Kampung Durian Bador.

Katanya, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.

Oleh itu, amaran dikeluarkan bagi memastikan semua penduduk yang berada di kawasan yang dijangka banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here