Gambar Hiasan

BATU PAHAT – Seorang pensyarah sebuah universiti awam rugi RM115,600 selepas diperdaya sindiket pekerjaan sambilan tidak wujud yang menawarkan keuntungan 15 peratus.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, semuanya bermula apabila mangsa tertarik dengan tawaran kerja sambilan yang menjanjikan keuntungan tinggi pada 7 Mei lalu.

“Mangsa yang berusia 44 tahun diminta mendaftar dan membeli barangan melalui laman web yang diberikan terlebih dahulu dan akan terima keuntungan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar, antara Mei hingga sehingga 30 September lalu, mangsa memasukkan wang ke dalam enam akaun berbeza secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan RM115,600.

“Selepas memasukkan wang seperti diminta, mangsa mendapati laman web diberikan suspek sudah tidak boleh diakses,” katanya.

Kataya, pada masa sama mangsa tidak menerima pulangan wang seperti mana dijanjikan dan ketika itu lelaki berkenaan menyedari dia ditipu.

Jelas beliau, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sri Gading, Khamis lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here