Wan Muhammad Azri Wan Deris

KUALA LUMPUR – Penulis blogger kontroversi, Papagomo telah dibebaskan selepas selesai diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penipuan dana menggunakan nama sebuah syarikat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, blogger itu atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Buat masa ini, seramai 16 orang telah ambil keterangan berhubug kes itu bagi membantu siasatan.

“Siasatan sedang dilengkap dan kes disiasat dibawah Sesyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, Papagomo, 41, telah ditahan di kediamannya di Putrajaya bagi membantu siasatan kes tipu kutipan dana awam.

Menurut peguamnya, Rafique Rashid Ali berkata, penahanan Papagomo dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sekitar jam 1.30 pagi.

Rafique mendakwa penahanan itu berkait laporan polis oleh seorang menteri mengenai kes memanipulasikan nama syarikat ‘Invoke Solutions’ bagi mengutip dana daripada orang awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here