Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Ringgit dijangka diniagakan dengan pendekatan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17-18 Dis.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menjangkakan sentimen pasaran yang lemah  apabila para pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Jangkaan pasaran pada masa ini menunjukkan 96 peratus kemungkinan penurunan kadar 25 mata asas, dengan kurang daripada empat peratus menjangkakan kadar kekal tidak berubah,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.4475/4525 daripada 4.4170/4220 pada minggu sebelumnya.

Bagi minggu ini, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6632/6684 daripada 4.6719/6771 pada minggu sebelumnya, naik berbanding pound British kepada 5.6203/6266 daripada 5.6352/6416 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8987/9022 daripada 2.93649.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain,

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2971/3011 daripada 3.2963/3002 pada minggu sebelumnya, susut berbanding baht Thailand kepada 13.0261/0472 daripada 12.9576/9784, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.2 daripada 278.7/279.2 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.65/7.66. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here