PGA meramas arak seludup dalam serbuan di Bukit Pasir, Muar

MUAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan seorang lelaki dan merampas arak dianggarkan bernilai RM544,227 dalam serbuan di tiga lokasi berbeza di Bukit Pasir di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz berkata, serbuan dilakukan pukul 6.46 petang dan menahan suspek yang berusia 39 tahun.

“Lelaki warga tempatan itu disyaki terlibat dalam memproses dan menjual arak tersebut. Pihak polis turut merampas 134 bungkusan arak, dua tong pati arak dan dua buah lori.

“Keseluruhan nilai rampasan RM544,227,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek terbabit ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan, kes disiasat bawah Seksyen 125(1) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan katanya, boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan ini,” ujarnya,- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here