Bayi lelaki ditemui di dalam semak di belakang surau di Kampung Permatang, Sitiawan. Foto, sosial media.

LUMUT – Seorang bayi lelaki ditemui di dalam semak di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati bayi yang dibalut dengan kain itu ditemui salah seorang ahli jawatan kuasa (AJK) surau terbabit.

“AJK tersebut datang untuk membersihkan persekitaran surau dan kemudiannya mendengar tangisan bayi.

“Dia kemudiannya mengekori bunyi tangisan bayi tersebut sebelum menemuinya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Hasbullah, bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan pihak polis masih dalam siasatan mengesan ibu bayi berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 atau bilik Gerakan IPD Manjung 05-6886222, – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here