Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika mengundur kenderaan di Jalan Emas Putih, Skudai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa warga tempatan, 46, tidak mengalami kecederaan luaran semasa kejadian pukul 4 petang.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu kereta Volkswagen Golf, hilang kawalan ketika mengundur kenderaan dari tempat letak kereta di hadapan sebuah bengkel.

“Kenderaan mangsa terbabas dan melanggar besi penghadang jalan berhampiran longkang.

“Berdasarkan bedah siasat oleh pihak forensik di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini mendapati mangsa mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here