Seorang penunggang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang penunggang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 53 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 2.45 petang itu mengakibatkan penunggang motosikal jenis Kriss Modenas, Saw Jut Maung yang berusia 22 tahun terkorban.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa yang datang dari arah Johor Bahru telah hilang kawalan.

“Motosikal berkenaan kemudian masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kereta Proton Persona secara berdepan yang dipandu individu berusia 40 tahun.

“Penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi manakala pemandu kereta tersebut pula tidak sebarang mengalami kecederaan.

Beliau memberitahu, kemalangan tersebut melibatkan warga tempatan dan warganegara asing.

Ujarnya, kes masih lagi dalam siasatan dan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan penjara lima tahun dan denda RM2,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Yusof menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang di jalan raya dan sebarang maklumat bagi membantu sisatan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Zamiruddin Yaakob 011-39105277.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here