Majlis Perbandaran Alor Gajah mengeluarkan 16 kompaun bernilai RM16,000 terhadap penternak lembu yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di kawasan pentadbirannya.

ALOR GAJAH – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengeluarkan 16 kompaun bernilai RM16,000 terhadap penternak lembu yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di kawasan pentadbirannya hari ini.

Yang Dipertua MPAG, TPr Saifuddin Abdul Karim berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan menerusi Operasi Ternakan Berkeliaran di Taman Samarinda termasuk jalan raya hingga mendatangkan risiko kemalangan.

“Berdasarkan aduan diterima, kita berjaya menangkap lembu-lembu yang berkeliaran tanpa pengawasan khasnya di kawasan awam.

“Pemilik ternakan adalah dinasihatkan agar memastikan ternakan tidak berkeliaran dan sentiasa di kandang bagi mengelakkan berlaku kemalangan dan kacau ganggu kepada persekitaran,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Tambahnya, pemilik lembu diberi tempoh lima hari untuk membuat tuntutan dan menjelaskan kompaun atau jika tidak lelongan akan dibuat.

“Tindakan itu boleh dibuat mengikut Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Haiwan Ternakan (MPAG) 2012,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here