(Dua dari kiri) Ikon Glocal Football Academy Datuk Dollah Salleh bersama Pengerusi Glocal Football Academy, Datuk Mohd Idzham (dua dari kanan) bersama rakan-rakan.

KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh dilantik sebagai Ikon Glocal Football Academy dalam usaha memberi motivasi dan berkongsi pengalamannya sepanjang bermain bola sepak kepada kanak-kanak.

Dollah, 61, terharu dengan pelantikan itu sambil menyifatkan tiada masalah untuk bekerjasama bagi membimbing dan melahirkan pelapis bola sepak yang berkaliber pada masa akan datang.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu berkata, sebagai  bekas pemain bola sepak kebangsaan dan juga jurulatih, beliau mengakui ketandusan pemain pelapis dalam kalangan anak tempatan untuk lebih menyerlah di arena bola sepak.

“Apabila dipelawa untuk jadi ikon, saya terus setuju kerana ia secara tidak langsung dapat dapat memberi lebih bersemangat kepada pelatih dan ibu bapa di akademi ini.

“Sebagai ikon, saya akan cari pemain-pemain yang berbakat, berpotensi dan boleh dibawa ke tengah di mana saya akan membantu anak-anak ini bermain di peringkat lebih tinggi,” katanya yang juga bekas pengurus bola sepak pasukan Sri Pahang FC itu.

Kejohanan Rising Star Grassroots Tournament yang mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat dan luar daripada Lembah Klang.

Sementara itu, Pengerusi Glocal Football Academy, Datuk Mohd Idzham Mohd Isa berkata, pemilihan Dollah dibuat kerana beliau memiliki banyak pengalaman selaras dengan hasrat akademi untuk membuka klinik bola sepak pada masa depan.

“Kami berharap Dollah dapat berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada pemain-pemain ini nanti di mana kerjasama ini tidak melibatkan kontrak masa tertentu.

“Justeru, kehadiran beliau diharap dapat membantu Glocal Football Academy untuk terus komited mencungkil bakat baru di kalangan kanak-kanak yang minat terhadap bola sepak tetapi tidak mempunyai akses kepada fasiliti yang mencukupi,” katanya.

Sementara itu, dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam arena bola sepak negara, Glocal Football Academy telah menganjurkan kejohanan Rising Star Grassroots Tournament yang mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat dan luar daripada Lembah Klang.

Kejohanan peringkat akar umbi itu berjaya menghimpunkan lebih 500 pemain muda berusia bawah 12 tahun dari pelbagai pasukan sekitar Lembah Klang, Johor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Ia bertujuan memberi peluang kepada pemain cilik untuk mempamerkan bakat mereka sambil merasai pengalaman bersaing di peringkat kompetitif.

Kejohanan yang pertama kali dianjurkan ini telah disertai lebih 40 pasukan dari kelab bola sepak dengan pemain berusia antara empat hingga 12 tahun. Acara itu terbahagi kepada empat kategori iaitu bawah enam tahun (Under 6), bawah lapan tahun (Under 8), bawah 10 tahun (Under 10) dan bawah 12 tahun (Under 12). – MalaysiaGazette

Datuk Mohd Idzham (jersi hitam) bersama jurulatih dan pemain-pemain Glocal Football Academy.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here