Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bergambar bersama para hadirin yang hadir pada Majlis Penutup JumPER Fiesta 15 Tahun di KL Sentral, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 18 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meraikan ulang tahun ke-15 Program JumPER menerusi penganjuran JumPER Fiesta 2024 sebagai tanda penghargaan kepada usahawan muda bumiputera yang dilahirkan melalui inisiatif tersebut.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, program ini telah berjaya melahirkan ramai usahawan muda yang berdaya tahan dan berdaya saing, sekali gus menjadi platform penting dalam membentuk pemimpin perniagaan generasi baharu yang inovatif.

“Usahawan bukan sekadar individu yang menjalankan perniagaan, tetapi mereka adalah pencipta, perintis, dan penggerak ekonomi negara. PUNB komited untuk terus menyokong mereka melalui program JumPER ini,” katanya ketika majlis penutupan di JumPER Fiesta 15 tahun  di Ruang Legar KL City Air Terminal, KL Sentral hari ini.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melawat reruai  pada Majlis Penutup JumPER Fiesta 15 Tahun di KL Sentral, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 18 DISEMBER 2024

Tambah beliau, JumPER Fiesta 2024 sekali lagi membuktikan komitmen PUNB dalam memperkasakan usahawan muda Bumiputera sebagai tunjang ekonomi negara.

Majlis ini turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah PUNB, Sharifah Wahaida Lailatul Syed Hassan Sagaff, Pengurus Besar Bahagian Operasi, Fauzi Zakaria, serta Pengurus Besar Bahagian Kewangan dan Transformasi, Azman Abdullah.

Pada majlis itu, PUNB turut menyampaikan  Anugerah Kecemerlangan JumPER 15 Tahun kepada 15 usahawan cemerlang dan penyerahan pembiayaan serta geran JumPER PLUS bernilai RM3.5 juta kepada 53 alumni JumPER.

Untuk makluman, PUNB diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan serta melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.

Ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965, PUNB adalah syarikat milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), pada 2010 ia mula beroperasi sebagai syarikat patuh syariah sepenuhnya dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here