Tengku Zafrul Tengku Abdul Azi.- foto SYAFIQ AMBAK, 14 NOVEMBER 2020

SHAH ALAM- Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan mencecah RM100.6 bilion setakat November tahun ini terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Terdapat 400 syarikat Korea Selatan berdaftar yang melabur di negara ini dari 1980 hingga September tahun ini dan menggaji lebih 50,000 rakyat tempatan, katanya menerusi ucapan beliau semasa majlis pelancaran cawangan kedai kopi pertama Ediya Coffee di Malaysia, di Elmina Lakeside Mall, di sini.

Mengulas mengenai kedai kopi jenama Korea itu, Tengku Zafrul berkata Ediya Coffee bercadang untuk membuka 300 cawangan di Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“(Tetapi) Saya fikir apa yang penting adalah peluang yang diciptanya. Kami membincangkan tentang peluang pekerjaan, peluang meningkatkan kemahiran untuk golongan muda dan mengukuhkan industri francais di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ediya Coffee Services Sdn Bhd Mohd Hafiz Ab Rahim berkata pihaknya merancang untuk membuka 50 cawangan di seluruh Malaysia bermula tahun depan.

Beliau berhasrat untuk menjadikan Ediya Coffee sebagai rangkaian kedai kopi nombor satu di negara ini.

Pelancaran cawangan pertama itu menandakan pencapaian penting dalam usaha untuk mengembangkan jenama yang membawa rasa kopi autentik Korea itu kepada masyarakat, khususnya penggemar kopi di Malaysia.

Ediya Coffee merupakan rangkaian kopi terkemuka di Korea Selatan yang diasaskan pada 2001 dan kini mempunyai lebih daripada 4,000 cawangan di negara tersebut.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here