Kempen advokasi anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, di sini, merupakan usaha memperkasa komuniti tersebut agar memanfaatkan penggunaan internet dengan selamat.
Membawa tema ‘From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang’, kempen ini telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzi, pada Khamis. -MGPerak