Gambar hiasan

MUAR – Polis giat memburu dua lelaki terlibat dalam kejadian kes samun bersenjata yang berlaku di Taman Sri Treh, di sini, pada kira-kira pukul 6.20 petang, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata sebaik menerima panggilan daripada orang awam pihaknya bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua suspek telah berjaya melarikan diri.

Katanya semalam, polis berjaya menemukan kenderaan yang digunakan suspek yang ditinggalkan di Jasin, Melaka. Pihak polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan denda serta sebatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menyalurkannya kepada Insp P S Seventhi di talian 011-1625 1909 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-952 6001 bagi membantu siasatan,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here