KUALA LUMPUR- SP Setia Bhd. menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Pelangi Sdn Bhd memeterai perjanjian penjualan dan pembelian bersyarat (SPA) dengan Dsara Sentral Sdn Bhd (DSSB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Mah Sing Group Bhd untuk melupuskan tanah komersial pegangan bebas seluas 5.99 ekar di di Taman Pelangi, Plentong, Johor Bahru pada harga pertimbangan RM156.8 juta tunai.
Katanya, penjualan tersebut dilaksanakan menerusi proses tender yang kompetitif.
SP Setia dalam kenyataannya berkata, cadangan pelupusan tanah tersebut adalah sebahagian usaha syarikat untuk mewujudkan struktur meringankan aset, mencapai keberkesanan modal dan dalam masa sama mengoptimum serta menjajarkan pemilikan tanahnya.
Tambahnya, urusniaga itu dijangka memberi sumbangan kepada keuntungan positif SP Setia yang mana akan digunakan untuk pembayaran pinjaman, modal kerja serta mempercepatkan pelaburan dalam projek strategik.
SP Setia masih memiliki tanah yang belum dibangunkan seluas 1,123.8 ekar di wilayah selatan yang mana ia dijangka digunakan untuk pembangunan dalam tempoh 10 tahun akan datang. -MalaysiaGazette