Antara barangan penjaja yang menganggu laluan pejalan kaki.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur kawasan penjaja di sekitar Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Raja Alang, Kampung Baru semalam.

Menurutnya, operasi sitaan pindah halangan perniagaan dan penjaja itu dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Pejabat Cawangan Titiwangsa serta Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar.

Hasil daripada tindakan yang dijalankan, DBKL menjalankan 22 kes sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974 dan UUK 3(1) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, katanya menerusi Facebook.

DBKL berkata, tindakan ini diambil sebagai respons kepada aduan awam yang diterima dan untuk memastikan kawasan awam sentiasa teratur dan selamat.

“DBKL menegaskan semua peniaga dan penjaja mesti mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Antara barangan yang disita adalah kerusi dan meja plastik, kanopi,tong gas, gerai besi beroda dan lain-lain peralatan yang diletakkan di pesiar kaki dan laluan awam.

Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga kota, pengunjung dan pelancong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here