Anggota penguat kuasa MBPP menunjukkan lipas yang ditemui di sebuah premis makanan.

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan sebuah daripada lapan premis yang diperiksa di George Town ditutup selama 14 hari mulai semalam selepas menemuan lipas dan keadaan ruang dapur yang tidak memuaskan.

Menurutnya, Operasi Kebersihan Establisymen Makanan di kawasan Bukit Jambul itu turut menyerahkan lima notis kompaun kepada peniaga berdasarkan pelbagai kesalahan.

Antaranya adalah meletakkan dan menempatkan bahan makanan kurang 20 sentimeter dari paras lantai, tidak mengambil langkah – langkah sesuai untuk elak makanan tercemar dan kondisi tandas yang tidak bersih.

Seorang anggota penguat kuasa MBPP memeriksa peti sejuk beku di sebuah premis.

Menurutnya, pemantauan dan pemeriksaan mengejut ke semua premis-premis makanan di bahagian pulau, akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan premis sentiasa bersih dan mencapai piawaian pemarkahan yang telah ditetapkan.

Selain daripada memberi khidmat nasihat kepada para peniaga tentang aspek kebersihan, para pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga memberi peringatan tentangan larangan penggunaan penyedut minuman plastik di semua premis-premis makanan dan minuman yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast