ACP Raub Selamat

JOHOR BAHRU – Seorang ejen hartanah kerugian RM85,000 selepas tertipu dengan tawaran pelaburan pembinaan hotel di Pattaya, Thailand.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pada Mac 2024, mangsa ditawarkan pelaburan secara bersemuka oleh dua lelaki warga asing berusia antara 35 hingga 39 tahun.

Mangsa menyatakan berminat dengan pelaburan itu kerana dijanjikan akan memiliki saham pemilikan sebanyak 1% bersamaan dengan AS$10,000.

Pada 8 Julai 2024, pengadu telah memindahkan matawang kripto jenis tether sebanyak 20,000 unit kepada pemilik alamat akaun BYBIT:TXWSRMABJLYHZ84YVMGWOWZWBF9NTCIYVU milik suspek.

Bagaimanapun mangsa tidak mendapat pulangan dan keuntungan pelaburan selepas membuat pembayaran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here