Sumber : JKM Pahang

KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang menafikan ada membuat sebarang tempahan untuk jamuan makanan daripada pengusaha makanan bagi acara ‘Gathering & Annual Dinner‘ jabatan itu.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Khairul Amri Ahmad berkata, terdapat pihak yang menyalahgunakan nama jabatan itu bagi tujuan tersebut seperti yang ditularkan menerusi aplikasi Whatsapp sejak semalam.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang menafikan penganjurkan atau terlibat dengan sebarang acara seperti “Gathering & Annual Dinner” yang tular melalui hantaran WhatsApp baru-baru ini.

“Kami ingin menegaskan sebarang penggunaan nama, logo, dan identiti rasmi jabatan tanpa kebenaran adalah salah dan melanggar undang-undang.

“Pihak kami memandang serius penyalahgunaan nama jabatan untuk tujuan yang mencurigakan dan berkemungkinan melibatkan unsur penipuan,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Berikutan itu, Khairul Amri memberitahu, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap mana-mana pihak yang menggunakan nama JKM bagi aktiviti atau acara tanpa pengesahan rasmi jabatan itu.

Semalam tular di laman media sosial Facebook, satu hantaran oleh seorang pemilik akaun bernama Yaa Sarilan mendakwa seorang kakitangan JKM dikenali sebagai ‘Hayati’  membuat tempahan makanan untuk jamuan makan hujung tahun jabatan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here