1MDB ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dijangka terus menyokong dolar, kata ahli ekonomi.

Bagaimanapun, ringgit dilihat diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang lain.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.5030/5250 berbanding dolar AS daripada 4.5030/5080 semalam.

Memetik laporan ekonomi AS, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi AS menunjukkan ekonomi kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 mencatatkan prestasi lebih baik daripada jangkaan manakala tuntutan awal pengangguran merosot kepada 220,000 minggu lepas daripada 242,000 sebelum ini.

“Oleh itu, Indeks Dolar AS terus meningkat kepada 108.418 mata.

“Ia memberi impak positif kepada dolar dalam masa terdekat. Sehubungan itu, dolar-ringgit akan terus berada hampir RM4.50 dalam masa terdekat,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8563/8706 daripada 2.8687/8723 semalam, naik berbanding pound kepada 5.6269/6544 daripada 5.6999/7062 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6669/6897 daripada 4.6876/6928 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3059/3226 daripada 3.3130/3169, bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 13.059/3226 daripada 13.0322/0530 pada Khamis.

Ia hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 276.0/277.5 daripada 276.0/276.4 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.63/76.7 daripada 7.63/7.64 sebelum ini. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here