MELAKA – Enam maut dalam kemalangan membabitkan bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori treler di KM 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, seramai lima penumpang Toyota Estima dan pemandu bas tersebut meninggal dunia.
Komender Operasi, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II Mohd Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar berkata, seramai 27 anggota dan tujuh aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Alor Gajah dan Bukit Katil dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, terdapat kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Estima terdapat lapan orang penumpang, lima telah meninggal dunia, sebuah bas persiaran terdapat 27 penumpang, dua pemandu (seorang pemandu bas telah meninggal dunia) dan sebuah lori treler terdapat dua penumpang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, ketika ini kerja-kerja menyelamat masih lagi dilakukan. – Berita lanjut menyusul