Lakaran artis Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR – KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) menafikan laporan media yang mendakwa ia membeli Bandar Malaysia pada harga lebih RM10 billion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KLCPP berkata, syarikat itu bukan pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut.

“KLCCP bukan pembeli seperti yang dilaporkan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan KLCCP sedang mengambil alih Bandar Malaysia daripada Kementerian Kewangan.

Bandar Malaysia merupakan tapak Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi.

Ia adalah anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan dan merupakan pemaju induk strategik Bandar Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here