Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Seramai 13 orang lelaki tempatan berumur antara 20 hingga 74 tahun ditangkap dalam serbuan enam negeri dalam operasi bersepadu ‘Op Pedo’ semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan itu di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu dilaksanakan dengan Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Oorasi bersepadu ini bertujuan menjejaki pesalah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan aktiviti dalam talian khususnya di platform media sosial, di samping memberi kesedaran kepada ibu bapa, masyarakat serta penyedia platform tentang tanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan kanak-kanak.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap peranti yang digunakan di premis kediaman kesemua suspek, telah menemui anggaran 40,000 csam dan bahan pornografi dewasa.

Polis turut merampas tujuh unit komputer, seunit komputer riba, 11 telefon bimbit dan 16 unit modem dan router.

Kesemua suspek akan direman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Sebanyak 13 kertas siasatan dibuka atas kesalahan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kesalahan memiliki bahan lucah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tegasnya, polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang melakukan dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah.

Tambahnhya, orang ramai terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak dinasihatkan agar meningkatkan kawalan kendiri, menjaga batas moral dan adab bersosial di dalam talian bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah serta melaporkan sebarang penyalahgunaan rangkaian kepada pihak
berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here