KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menyangkal dakwaan Dr Haim Hilman Abdullah berkaitan kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) yang kononnya menggunakan ‘pintu belakang’ sekaligus menafikan hak anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian.
Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman yang menyifatkannya sebagai fitnah berkata, dakwaan itu jelas mencerminkan sifat tidak bertanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah itu yang didakwanya hanya mahu mengelirukan masyarakat serta menimbulkan kontroversi tidak berasas.
Tegas beliau, kenyataan yang dibuat oleh Haim Hilman yang juga bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mempamerkan kejahilannya terhadap proses kemasukan pelajar ke UA di Malaysia.
“Ini adalah kerana pengambilan pelajar ke UA Malaysia dibuat secara telus melalui sistem tapisan dan saringan ketat serta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
“Justeru, pihak JKNCR UA ingin menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana UA di negara ini,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi JKNCR UA, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah selain ahli-ahli JKNCR terdiri daripada Naib-Naib Canselor UA di negara ini.
Sidang media diadakan bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Haim Hilman dalam satu Ceramah Perdana yang mendakwa bahawa kemasukan pelajar ke universiti melalui saluran terbuka telah menafikan hak anak-anak golongan miskin di mana video itu tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mohd Ekhwan menjelaskan, jumlah kemasukan pelajar ke UA melalui saluran terbuka juga tidak pernah dikurangkan malah tidak ada isu pengambilan kuota pelajar miskin untuk tujuan penjanaan pendapatan.
Kata beliau, pengambilan pelajar adalah mengikut kaedah over dan above iaitu kuota arus perdana dipenuhkan dahulu sebelum proses pengambilan dibuka semula kepada calon yang membuat rayuan.
“Jelas sekali beliau (Haim) berpura-pura alpa tentang prosedur kemasukan pelajar UA yang mempunyai dua saluran berbeza.
“Saluran perdana dibuka dengan subsidi kerajaan manakala saluran komersial dibuka tanpa subsidi kerajaan di mana mengambil sebahagian besar pelajar B40 manakala saluran komersil mengambil pelajar dalam kalangan keluarga T20 dan antarabangsa,” katanya lagi.
Mohd Ekhwan turut memberitahu, kutipan yuran yang dibuat melalui saluran komersial digunakan oleh universiti untuk membangunkan fasiliti pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan penginapan pelajar.
Semua kemudahan itu diguna secara sama rata oleh semua pelajar termasuk dari saluran perdana juga.
“Mengaitkan saluran komersial dengan perampasan tempat B40 mengambarkan kecelaruan dalam kefahaman terhadap tujuan diwujudkan saluran komersial ini.
“Tidak mungkin YB ini yang juga merupakan mantan Naib Canselor UUM tidak faham akan tujuan saluran komersial dan bagaimana ianya dilaksanakan sedangkan saluran terbuka atau komersial telah wujud di UUM semasa beliau menjawat jawatan tersebut,” katanya.
Ketika ini, prosedur kemasukan pelajar UA mempunyai dua saluran berbeza di mana saluran perdana dibuka dengan subsidi kerajaan manakala saluran komersial dibuka tanpa subsidi kerajaan.
Saluran perdana mengambil sebahagian besar pelajar B40 manakala saluran komersial mengambil pelajar dalam kalangan keluarga M40, T20 dan antarabangsa. – MalaysiaGazette
sebab dia pernah jadi NC maka tahu hal yang org luar tak tahu.. hal begini cukup pegawai kanan kpt buat press release jika sekadar menjelaskan fakta dan data.. tapi sampai ramai sertai sidang akhbar dah nmpk sangat ada sesuatu… pegawai biasa agensi pun tahu byk hal dalaman.. tapi mana boleh komen.. semua akta rahsia rasmi….
kan melalui online…anak saya pilih universiti yang beliau mahu dan dapat sambung belajar universiti yang beliau pilih , tak ada pun pintu belakang sebab kami pun B40 .Siap dapat bantuan yayasan pelajaran serta baitulmal.
Biasa le kalau dah join politik dan mesti cerita yang boleh tarik pendengar/penyokong walaupun ia bohong..Join Pas kalau tak buat Fitnah mana boleh hidup..Fitnah sudah sebati dengan PAS walaupun banyak kalah dalam kes Fitnah..Bagi mereka Fitnah ada sah sebab mereka bukan ikut seperti Nabi Muhammad saw suruh.
maaf ckap yer….awak ni baru lihat dunia agaknya….Lain kali kalau kita tidak tahu apa y org lain tahu lebih baik diam ja lah….Dia kiraa anak dia lepas masuk lepas tu ckap xde apa2 kes yg disebut….Last sekali nampak sgt awak tu d@P agent….
Semua bekas student UUM kenal siapa Haim ini. Naik pangkat sebab kuat mengampu orang politik Sembang kencang mcm tong kosong. Bila kena pecat buat kecoh konon dia terinaya. Tapi dia sendiri dah pijak banyak kepala hanya kerana nak capai cita-cita peribadinya. walaun tahap gaban.
Sejak dah masuk politik, cakap pun ikut ideologi politik..merapu..memalukan UUM jaa
saman dia 20juta bagi dia tau reti terberak dalam seluar ..manusia begini bukan boleh diam saja tanpa pengajaran bagi dia
Orang atasan U, semua menafikan tapi bila kita berbicara dengan orang2 yg middle management atau pensyarah2 universiti kebanyakkan mengatakan Universiti Awam sekarang ni terpaksa generate income sendiri. Jadi ada kebenarannya tentang apa yg d perkatakan. Tentang kuota memang ada tapi kelayakan untuk memasuki U di naikkan yg akan menyebabkan terdapat kekosongan/tempat d IPTA. Tempat ni kemudian akan d tawarkan kepada pihak yg lebih berkemampuan. Sama aje dengan pemaju yang mana telah berpuloh tahun di buat, iaitu dengan membina rumah2 harga mahal yg bertaraf bumiputra, setelah tiada pembeli maka akan pohon untuk pertukaran taraf yg akhirnya d jual kepada bukan bumiputra yg kaya atau warganegara asing. Wallahualam.
bila dah bgelar orang politik, apalagi pembangkang
maka teguran dah ada bau politik, jika bekas naib canselir
uum ini tidak join politik, tegurannya ada persepsi
berbeza.
Pengerusi dah jelaskan tentang Dua peringkat pengambilan. Tak perlu keliru. Mana ada pintu belakang.. Dah merasa sekali buat pintu belakang.. Teringat ingat je…