Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan warga asing ditemukan maut dipercayai terjatuh selepas tergelincir daripada tingkat 33 ketika mahu keluar melalui tingkap kerana pintu tandas rosak di sebuah apartmen, di Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa berusia 19 tahun yang juga pelajar di sebuah universiti awam ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di koridor tingkat 12 oleh orang awam sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Katanya, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.34 petang.

“Pemeriksaan pihak perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan pasukan forensik polis turut ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Mangsa dipercayai tergelincir daripada tingkat 33 dalam usaha untuk keluar melalui tingkap tandas kerana pintu tandas mengalami kerosakan sebelum mangsa terjatuh ke koridor tingkat 12 apartmen berkenaan.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang pada 10 pagi tadi mendapati punca kematian mangsa adalah pelbagai kecederaan akibat jatuh daripada tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Naazron berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh membantu siasatan lanjut

Tambahnya, maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Bandar Baru Bangi, ASP Mohd Nasri Tesnoh di talian 017-7102042. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here