Dua individu diarah keluar oleh Bentara Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini.

MELAKA – Dua individu yang merakam dan menularkan video kepada pembangkang kononnya Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidur pada hari terakhir Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas hari ini sudah diarah keluar dewan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, tindakan menularkan video itu sehingga dimuat naik ke laman rasmi Facebook (FB) pembangkang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin amat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Fairul Nizam Roslan

“Mungkin nampak gayanya seperti beliau (Ab Rauf) tidur tapi sebenarnya tak tidur dan kalau saya pun lelap mata sekejap kemudian orang rakam video tak bolehlah ambil video itu semata-mata nak menuduh tidur.

“Ada komen dalam video tular tulis Ketua Menteri kita tak sihat sedangkan beliau fit (sihat) malah telah menyusutkan berat badan sebanyak 15 kilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di sini hari ini.

Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan mengulas penularan video berkenaan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah itu mengenai video berkenaan yang dipercayai diterima daripada dua orang pemerhati di dalam DUN sebelum kedua-dua mereka diarah keluar oleh Bentara Dewan.

“Sebenarnya, Ketua Menteri seorang yang kuat bekerja dan sehingga lewat malam tadi, beliau sendiri melihat raptai sambutan Ambang Tahun Baru dan awal pagi hari ini telah datang ke pejabat untuk persidangan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here