Mohideen.
Mohideen.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk segera mempertingkatkan perancangan bandar bagi menghadapi cabaran perubahan iklim yang semakin mendesak.

Ia susulan banjir kilat yang melanda Putrajaya baru-baru mengakibatkan kerosakan besar sekali gus memberikan amaran serius kepada tentang kelemahan dalam perancangan bandar semasa.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kejadian itu menunjukkan betapa pentingnya perancangan bandar yang lebih holistik termasuk keberkesanan sistem saliran dan pengurusan alam sekitar.

“Putrajaya, meskipun terkenal dengan rekabentuk bandar yang teratur dan kawasan hijau yang luas, tidak dapat mengelak daripada banjir kilat disebabkan oleh hujan lebat yang luar biasa.

“Selain perubahan iklim, faktor lain seperti pembandaran tidak terkawal, masalah pengurusan sisa, dan infrastruktur saliran yang usang turut menyumbang kepada peningkatan risiko banjir kilat.

“Justeru kerajaan perlu segera mengambil langkah tegas untuk meningkatkan perancangan bandar dengan memberi fokus kepada pembangunan mampan yang mengutamakan infrastruktur hijau dan pengurusan air yang lebih efektif,” katanya hari ini.

Tambah Mohideen, kerajaan juga perlu memperkukuhkan undang-undang dan polisi pembandaran untuk mengelakkan pembangunan yang tidak terkawal dan tidak mesra alam.

“Di samping itu, langkah-langkah seperti pemulihan laluan air semula jadi, pengurusan sisa yang lebih baik dan penyelenggaraan sistem saliran yang lebih efisien perlu dilaksanakan dengan segera,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here