Kenyataan media penganjur.

KUALA LUMPUR – Kelab Budiman FC digugurkan daripada saingan Arena Champion League 2024 serta-merta susulan pelbagai insiden ganas dan pelanggaran tatatertib kelab itu sepanjang menyertai kejohanan itu.

Penganjur dalam satu kenyataan berkata, beberapa kes telah membawa kepada tindakan pengguguran drastik tersebut.

“Pemain Budiman, Mohd Shahrul Ramli dikenakan penggantungan dua perlawanan selepas menerjah pemain Fusion City 2 FC, Mohamad Azirul Abdullah sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian dada.

“Insiden itu berlaku pada perlawanan peringkat kumpulan pada 19 November 2024 lalu. Insiden tersebut mendapat kecaman orang ramai kerana tiada semangat kesukanan.

“Pemain Budiman, Mohamad Aikal Saleh dengan sengaja menumbuk pemain Amna FC, Muhammad Nor Hakim Ahmad dalam aksi separuh akhir pada 24 Disember 2024 sehingga mencederakan bahagian muka.

“Tindakan Aikal menyebabkan dia dilayangkan kad merah dan mencetuskan kontroversi di media sosial dan sekaligus memburukkan imej Budiman,” katanya kenyataan itu.

Penganjur berkata, kes lain membabitkan insiden pergaduhan cemari aksi separuh akhir Budiman dan Amna.

“Budiman menerima lima kad kuning dan satu kad merah dengan Amna hanya menerima satu kad kuning dan insiden ini menjadikan perlawanan tidak terkawal dan mencemarkan semangat persaingan sihat.

“Susulan itu, aksi penentuan tempat ketiga/keempat antara Budiman dan Panther FC dibatalkan yang mana hadiah kejohanan hanya akan diterima juara, naib juara dan pasukan tempat ketiga.

“Arena Champion League berharap tindakan ini dapat menjadi pengajaran buat semua pihak dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan,” kata kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here