Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dan dua wanita dilaporkan mati selepas menghadri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang pada 31 Disember 2024.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihakna menerima empat laporan berhubung kejadian itu daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Hasil siasatan mendapati, kesemua si mati yang menghadiri konsert itu pada 31 Disember 2024 berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Proses bedah siasat telah dijalankan semalam (1 Januari) namun punca kematian masih ‘pending laboratory invstigation’ dan tiada sebarang unsur jenayah atau keracunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan.

“Sehubungan itu, orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Rizal Puat di talian 03-56382122 ata Pusat Kawalan Daerah di talian 03-78627222 untuk menyalurkan maklumat,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here