Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff (kiri) menunjukan barangan yang diguna pakai oleh oleh sindiket ketika sidang media berkenaan Ops Serkap di Kompleks KDN, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 2 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen dan cop palsu yang didalangi warga Pakistan dalam Ops Serkap pada 30 Disember lalu.

Pengarahnya, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, berdasarkan risikan yang diadakan selama tiga minggu, pihaknya mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak setahun yang lalu di sekitar ibu kota.

Pemeriksaan awal mendapati sindiket itu telah memalsukan dokumen sehingga ia hampir serupa dan sukar dibezakan dengan dokumen asli, ujarnya.

“Susulan itu, tiga inidividu warga Pakistan iaitu lelaki berusia 36 tahun, wanita berusia 27 tahun yang disyaki teman wanita kepada lelaki itu dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan wanita berkenaan.

Sebahagian passport yang dirampas dalam Ops Serkap, 30 Disember lalu.

“Mereka menggunakan modus operandi canggih, termasuk memalsukan dokumen rasmi seperti visa, pas khas, dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), tiket penerbangan, maklumat pasport, dan tempahan hotel untuk digunakan dalam sistem permohonan visa atas talian.

“Kami telah menemui kesemua dokumen ini semasa serbuan, bersama enam cap keselamatan palsu, termasuk cap keluar masuk di pintu masuk KLIA serta cap dari beberapa negara seperti Pakistan, Filipina, Bangladesh, dan India,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurut Wan Mohammed Saupee, sindiket itu mengenakan bayaran bermula daripada RM350 bagi setiap cop palsu dan menyasarkan warga asing yang ingin masuk ke Malaysia.

“Turut dirampas dalam serbuan adalah pelbagai alat yang disyaki digunakan suspek untuk memalsukan dokumen termasuk komputer yang mengandungi perisian khas.

“Kesemua dokumen ini telah digunakan mengaburi pihak berkuasa sekali gus memudahkan kemasukan warga asing ke Malaysia tanpa mematuhi undang-undang yang sah,” tambahnya.

Kesemua suspek yang ditahan kini akan disiasat di bawah Akta Imigresen dan Akta Pasport.

Pihaknya juga dalam usaha untuk mengenal pasti individu lain yang disyaki terlibat dalam sindiket ini.

Dalam pada itu, JIM telah berjaya menahan 3,700 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 171 majikan yang menggajikan mereka dalam 1,520 operasi yang dijalankan tahun lalu.

Selain itu, jumlah kutipan kompaun yang direkodkan untuk tahun 2024 adalah sebanyak RM11 juta.

Lebih 33,000 warga asing yang kebanyakannya terdiri daripada warga Indonesia, India, Bangladesh, Pakistan dan Nepal juga telah dihantar pulang melalui Program Repratriasi Migran tahun lepa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here