Gambar orang awam

KUALA LUMPUR- RapidKL memaklumkan stesen LRT KLCC ditutup sementara dan tren tidak akan berhenti di stesen tersebut.

Sebagai alternatif, penumpang boleh menaiki tren laluan MRT Putrajaya dari Persiaran KLCC dan Ampang Park.

“Penumpang juga disaran untuk menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma yang akan disediakan atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Ikuti kami untuk kemaskini selanjutnya,” katanya menerusi hantaran di media sosial sebentar tadi.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.15 petang.

Menurut Komander Operasi PBK II Mohamed Azimin Mohamed Zahidi, kejadian berpunca daripada kotak suis terbakar.

“Bagaimananpun, api berjaya dipadamkan oleh pasukan ERT KLCC sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan ERT KLCC menggunakan alat pemadam api jenis karbon dioksida bagi memadam kebakaran tersebut dan punça kebakaran masih dalam siasatan,” katanya  dalam kenyataan.

Tambah Mohamed Azimin, tiada mangsa yang terlibat dan keadaan terkawal.

Punca kebakaran masih disiasat.

Terdahulu, warga net berkongsi gambar di media-media social menunjukkan laluan ke stesen KLCC dari kompleks membeli-belah Suria KLCC dan Avenue K ditutup namun tidak mengetahui puncanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here