Gambar IPD Kuantan

KUANTAN – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Lepar Hilir maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di kilometer 210 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 12.15 pagi.

Katanya, ketika kejadian, mangsa bernama Muhammad Daniel Firdaus Mohd Sukri, 17 menunggang motosikal jenis Honda RSX dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Maran.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggangnya tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke jalan di bahagian kanan,”kata Wan Mohd Zahari dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, mangsa yang beralamat di Felda Lepar Hilir Satu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here